MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN MASTERPLAN CONSULTING SDN BHD

18 Ogos 2013 (Ahad) –  Masterplan Consulting Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2013 yang bertempat di “Café D’Manggis , Steamboat & BBQ”  yang bertempat di Kuang, Selangor. Majlis itu yang meraikan  seramai 300 orang para jemputan yang terdiri daripada  warga kerja Masterplan Consulting Sdn. Bhd. ,  anak-anak yatim daripada Rumah Kasih Harmoni dan Baitul Al-Hilmi, Orang Kurang Upaya dan kaum keluarga warga kerja.

Majlis ini diadakan bertujuan bagi meraikan para jemputan di samping mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan di hari raya di kalangan mereka. Majlis ini diserikan lagi dengan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Khalid Bin Hj Shariff .

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang itu kemudian diakhiri dengan pemberian duit raya dan cenderamata daripada Dato’ Ahmad Faris dan YM Raja Datin Azlina kepada para jemputan yang hadir sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga dalam memeriahkan majlis.

Dato' Ahmad Faris  & YM Raja Azlina

Dato’ Ahmad Faris & YM Raja Azlina Memberi Sumbangan

Picture2 Picture3

MAJLIS SAMBUTAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM

28 Julai 2013 ( Ahad) – Yayasan Al Hilmi telah manganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang bertempat di Dusun Bay, Tanjung Malim, Perak. Majlis ini diadakan bagi bertujuan untuk menunaikan hasrat Pengasas Yayasan Al-Hilmi dan juga pemilik syarikat Masterplan, iaitu Dato’ Ahmad Faris Abdul Halim dan YM Raja Datin Azlina Raja Abdul Jalil bagi meraikan golongan anak yatim di bawah jagaan rumah anak yatim Baitul Al Hilmi dan orang kurang upaya di sekitar Tanjung Malim, Perak.

Majlis berbuka puasa yang bermula pada pukul 6.00 petang ini, diserikan dengan ketibaan para jemputan yang merupakan jemputan khas Dato’ Ahmad Faris dan isterinya, YM Raja Datin Azlina. Tetamu yang dijemput terdiri daripada pihak pengurusan Masterplan Consulting Sdn Bhd dan Yayasan Al-Hilmi, para penjaga anak –anak yatim, orang kurang upaya dan kaum keluarga beliau.Turut memeriahkan majlis juga adalah tetamu kehormat Supt. Othman Nayan iaitu Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Perak.

Ustaz Yusnizan Md Yusof, yang bertindak selaku pengurus kepada Baitul Al-Hilmi memberikan kata-kata aluan dan memberkati majlis ini dengan bacaan Tahlil dan surah Yassin. Majlis ini, kemudian diteruskan dengan pemberian sumbangan daripada Dato’ Ahmad Faris dan YM Raja Datin Azlina kepada para penerima sumbangan. Sumbangan yang diberikan berupa wang tunai dan barangan keperluan, nyata memberikan kegembiraan yang tidak terhingga di wajah penerima kerana secara tidak langsung dapat  meringankan beban dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal  menjelang seminggu sahaja lagi.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang berimamkan Ustaz Yusnizan Md Yusof  sejurus sahaja masuk Waktu Maghrib. Selepas itu, para jemputan diminta ke ruang makan untuk menjamu selera dengan hidangan yang dihidangkan secara “buffet”. Rata-rata para jemputan menikmati jamuan yang disediakan dengan penuh selera sambil dipedengarkan  dengan aluan-aluan zikir daripada anak-anak yatim Baitul Al-Hilmi.

Selepas itu, para jemputan menyempurnakan solat Isya’ berserta Tarawih yang berimamkan Ustaz Yusnizan Md Yusof.  Pada penghujung majlis, YM Raja Datin Azlina sempat memberikan buah tangan  sebagai tanda terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis.

Majlis berbuka puasa yang cukup meriah, ia bukan sahaja memberikan ruang kepada golongan berkemampuan untuk melakukan amal jariah, malah pada masa dapat mendidik masyarakat sekeliling untuk turut sama bersedekah dan berkongsi kegembiraan  bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sesi Memberi Sumbangan

Sesi Memberi Sumbangan

Bacaan Tahlil & Yassin

Bacaan Tahlil & Yassin

Yayasan Al-Hilmi

Idea penubuhan Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Baitul AL-HILMI ini dicetuskan oleh Dato Haji Ahmad Faris Bin Abdul Halim bersama isteri Datin Hajjah Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil yang merupakan pemegang amanah Yayasan Al-Hilmi. Idea ini lahir hasil daripada minat dan kecenderungan suami isteri dalam menabur bakti dan membuat amal kebajikan untuk anak-anak yatim yang memerlukan semangat, kasih sayang, sokongan dan sebagainya, ini kerana anak-anak yatim ini perlu diberi pembelaan yang sewajarnya, ini kerana mereka ini telah kehilangan kasih dan sayang daripada orang yang mereka sayangi. Maka dengan sebab itulah lahirnya

“ BAITUL AL-HILMI” yang memberi maksud “ RUMAH KASIH SAYANG ”