MAJLIS SAMBUTAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM

28 Julai 2013 ( Ahad) – Yayasan Al Hilmi telah manganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang bertempat di Dusun Bay, Tanjung Malim, Perak. Majlis ini diadakan bagi bertujuan untuk menunaikan hasrat Pengasas Yayasan Al-Hilmi dan juga pemilik syarikat Masterplan, iaitu Dato’ Ahmad Faris Abdul Halim dan YM Raja Datin Azlina Raja Abdul Jalil bagi meraikan golongan anak yatim di bawah jagaan rumah anak yatim Baitul Al Hilmi dan orang kurang upaya di sekitar Tanjung Malim, Perak.

Majlis berbuka puasa yang bermula pada pukul 6.00 petang ini, diserikan dengan ketibaan para jemputan yang merupakan jemputan khas Dato’ Ahmad Faris dan isterinya, YM Raja Datin Azlina. Tetamu yang dijemput terdiri daripada pihak pengurusan Masterplan Consulting Sdn Bhd dan Yayasan Al-Hilmi, para penjaga anak –anak yatim, orang kurang upaya dan kaum keluarga beliau.Turut memeriahkan majlis juga adalah tetamu kehormat Supt. Othman Nayan iaitu Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Perak.

Ustaz Yusnizan Md Yusof, yang bertindak selaku pengurus kepada Baitul Al-Hilmi memberikan kata-kata aluan dan memberkati majlis ini dengan bacaan Tahlil dan surah Yassin. Majlis ini, kemudian diteruskan dengan pemberian sumbangan daripada Dato’ Ahmad Faris dan YM Raja Datin Azlina kepada para penerima sumbangan. Sumbangan yang diberikan berupa wang tunai dan barangan keperluan, nyata memberikan kegembiraan yang tidak terhingga di wajah penerima kerana secara tidak langsung dapat  meringankan beban dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal  menjelang seminggu sahaja lagi.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang berimamkan Ustaz Yusnizan Md Yusof  sejurus sahaja masuk Waktu Maghrib. Selepas itu, para jemputan diminta ke ruang makan untuk menjamu selera dengan hidangan yang dihidangkan secara “buffet”. Rata-rata para jemputan menikmati jamuan yang disediakan dengan penuh selera sambil dipedengarkan  dengan aluan-aluan zikir daripada anak-anak yatim Baitul Al-Hilmi.

Selepas itu, para jemputan menyempurnakan solat Isya’ berserta Tarawih yang berimamkan Ustaz Yusnizan Md Yusof.  Pada penghujung majlis, YM Raja Datin Azlina sempat memberikan buah tangan  sebagai tanda terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis.

Majlis berbuka puasa yang cukup meriah, ia bukan sahaja memberikan ruang kepada golongan berkemampuan untuk melakukan amal jariah, malah pada masa dapat mendidik masyarakat sekeliling untuk turut sama bersedekah dan berkongsi kegembiraan  bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sesi Memberi Sumbangan

Sesi Memberi Sumbangan

Bacaan Tahlil & Yassin

Bacaan Tahlil & Yassin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s